1.
|
Pendahuluan
|
|||||||
Klinik Kesihatan diwujudkan untuk
menyediakan perkhidmatan primer yang lebih komprehensif kepada
pelanggan-pelanggan disamping dapat mengurangkan beban kerja hospital supaya
ia dapat menumpu kepada perkhidmatan yang lebih intensif dan khusus. Ini
adalah selaras dengan matlamat "Kesihatan Untuk Semua" melalui
pendekatan Penjagaan Kesihatan Primer.
Walau bagaimanapun, dalam situasi
di mana agensi kerajaan menghadapi kekurangan sumber kewangan dan tenaga
manusia, penglibatan dan sumbangan anggota masyarakat adalah faktor utama
menentukan kejayaan usaha meningkatkan taraf kesihatan mereka. Penglibatan
rakyat dalam penjagaan kesihatan sama ada secara individu atau kolektif
adalah salah satu strategi utama yang telah di putuskan daiam Deklarasi
Primary Health Care di Alma-Ata pada tahun 1978 sebagai satu pendekatan untuk
menangani masalah kesihatan.
Walaupun sebahagian
program-program kesihatan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, namun
masih terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan kurang mendapat sambutan dan
penglibatan dari masyarakat. Beberapa klinik kesihatan di beberapa negeri
telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan badan perhubungan yang dianggotai
oleh wakil-wakil masyarakat bagi membantu menggerakkan sumber yang terdapat
dalam masyarakat tetapi nama, keahlian, bidang kuasa dan fungsi badan-badan
ini adalah berlainan antara satu sama lain. Ketidakseragaman dalam
perlantikan ahli, bidang kuasa dan kurang pengiktirafan juga menyebabkan
badan-badan ini melalui laluan yang sukar, walaupun kewujudannya telah banyak
membantu anggota- anggota kesihatan dalam memperbaiki hubungan dengan
masyarakat.
Menyedari betapa pentingnya
penglibatan anggota masyarakat dan untuk menyeragamkan penubuhan badan-badan
seumpama, Jabatan Kesihatan Awam, setelah mendapat persetujuan dalam
Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan, November 1995 telah menyediakan
garispanduan bagi membantu klinik-klinik kesihatan menubuhkan Panel Penasihat
Kesihatan yang perlaksanaannya boleh disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
setempat. Garispanduan edisi pertama telah diterbitkan pada tahun 2000 dan
setelah lebih kurang sepuluh tahun usia penubuhan Panel Penasihat Klinik Kesihatan
ini, penglibatan mereka semakin terserlah dan beralih arah daripada tugasan
sosial kepada bidang memprornosi, aktiviti pencegahan dan rehabilitasi
penyakit.
Walaupun demikian, badan ini masih
menghadapi beberapa masalah, walaupun kewujudannya telah banyak membantu
anggota-anggota kesihatan dalam memperbaiki hubungan dengan masyarakat.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Teknikal mencadangkan supaya kandungan
garispanduan sedia ada disemak semula dan diperbaiki bagi menangani
masalah-masalah yang timbul.
|
||||||||
2.
|
Objektif
|
|||||||
2.1
|
Objektif Umum
|
|||||||
Untuk mewujudkan saluran
komunikasi dua hala yang lebih berkesan sebagai satu forum interaksi antara
anggota masyarakat dan kakitangan Jabatan Kesihatan, ke arah menggalakkan
penglibatan sepenuhnya rnasyarakat dalam usaha mencapai matlamat
"Kesihatan Untuk Semua"
|
||||||||
2.2
|
Objektif Khas
|
|||||||
2.2.1
|
Untuk mempercepatkan dan
mempermudahkan penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan masalah
kesihatan setempat kepada masyarakat;
|
|||||||
2.2.2
|
Untuk mengambilkira pendapat dan pandangan
ahli masyarakat dalam perancangan dan perlaksanaan sesuatu aktiviti kesihatan
supaya ianya bersesuaian dengan keadaan dan budaya setempat;
|
|||||||
2.2.3
|
Untuk mendapatkan maklumbalas yang
tepat dari masyarakat berkaitan masalah-masalah dan keberkesanan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan;
|
|||||||
2.2.4
|
Untuk mengujudkan sikap
tanggungjawab bersama antara masyarakat dan Jabatan Kesihatan dalam menangani
masalah kesihatan;
|
|||||||
2.2.5
|
Untuk mempertingkatkan lagi imej
Jabatan Kesihatan pada pandangan masyarakat melalui pendekatan pengurusan
yang telus di samping dapat mengurangkan salah faham antara kedua pihak.
|
|||||||
3.
|
Keanggotaan Panel Penasihat
Kesihatan
|
|||||||
3.1
|
Pencalonan dan Pemilihan Ahli
|
|||||||
Pencalonan dan pemilihan ahli-ahli
panel perlu dijalankan dengan teliti supaya panel ini dapat berfungsi dengan
berkesan. Keahlian panel ini dibahagikan kepada dua iaitu wakil masyarakat
dan wakil Jabatan kesihatan.
Pencalonan ahli dibuat oleh klinik
kesihatan yang berkaitan serta pemimpin masyarakat tempatan, dan perlu
menepati kriteria. Klinik diberi kuasa untuk mencalon 3 orang anggota
masyarakat dan 5 orang anggota kesihatan klinik terlibat, selebihnya
pemilihan akan dibuat oleh pemimpin masyarakat tempatan. Bilangan keahlian
maksima di setiap klinik ialah 25 orang
|
||||||||
3.1.1
|
Wakil Masyarakat
|
|||||||
Adalah dicadangkan agar bilangan
wakil masyarakat yang dipilih ialah antara 6 hingga 10 orang. Bilangan wakil
boleh lebih dari yang dicadangkan, berdasarkan kepada keperluan tempat dan
keadaan.
Ciri-ciri wakil:
|
||||||||
(i)
|
Individu yang dihormati, disegani
dan diterima masyarakat;
|
|||||||
(ii)
|
Sanggup menjadi ahli secara
sukarela;
|
|||||||
(iii)
|
Bermastautin di kawasan operasi
sesuatu klinik kesihatan;
|
|||||||
(iv)
|
Berkemampuan untuk melaksanakan
tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan boleh bekerja sebagai satu pasukan;
|
|||||||
(v)
|
Mewakili komposisi masyarakat,
kampung- kampung dan "gender" yang terdapat di dalam kawasan
operasi.
|
|||||||
3.1.2
|
Wakil Jabatan Kesihatan
|
|||||||
Bilangan wakil sekurang-kurangnya
5 orang, terdiri dari pegawai yang menjaga seperti:
|
||||||||
-
|
Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai
Perubatan dan Kesihatan;
|
|||||||
-
|
Pegawai Pergigian;
|
|||||||
-
|
Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran/ Pembantu Kesihatan Awam;
|
|||||||
-
|
Penolong Pegawai Perubatan/Ketua
Jururawat Kesihatan;
|
|||||||
-
|
Penyelia Jururawat/Jururawat
Kesihatan.
|
|||||||
Dalam keadaan tertentu atau bila
difikirkan perlu, lain-lain kategori kakitangan boleh dilantik untuk menjadi
ahli jawatankuasa panel ini.
|
||||||||
3.2
|
Perlantikan
|
|||||||
Perlantikan dibuat oleh Pengarah
Kesihatan Negeri berdasarkan pencalonan oleh Pegawai Yang Menjaga klinik
kesihatan atau pemimpin masyarakat tempatan dan dikemukakan kepada Pegawai
Kesihatan Daerah. Klinik diberi kuasa mencalon 3 anggota masyarakat dan 5
orang anggota kesihatan klinik terlibat, dan selebihnya pemilihan diserahkan
kepada pemimpin masyarakat tempatan.
Sebagai tanda perlantikan, satu
sijil perlantikan dan kad pengenalan ahli berserta jawatan yang disandang
yang ditandatangani oleh Pengarah Kesihatan Negeri, perlu dikeluarkan oleh
Jabatan Kesihatan Negeri.
|
||||||||
3.3
|
Jangkamasa Lantikan
|
|||||||
Sesuatu penggal pertantikan itu
ialah untuk jangkamasa 3 tahun bermula dari tarikh perlantikan yang
dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri. Ahli yang berkelayakan boleh
dipertimbangkan untuk dilantik semula.
|
||||||||
3.4
|
Penamatan Keahlian
|
|||||||
Setelah tamat jangkamasa lantikan
selama 3 tahun, satu sijil penamatan keahlian dan penghargaan yang
ditandatangani oleh Pengarah Kesihatan Negeri, perlu dikeluarkan oleh Jabatan
Kesihatan Negeri. Bagi tujuan penyambungan jangkamasa lantikan, satu sijil
perlantikan dan kad pengenalan baru perlu dikeluarkan.
atau:
Setelah tamat jangkamasa läntikan
selama 3 tahun, seseorang ahli panel akan ditamatkan keahliannya secara
automatik.
Bagi tujuan penyambungan
jangkamasa lantikan, satu sijil perlantikan dan kad pengenalan baru perlu
dikeluarkan.
|
||||||||
3.5
|
Penguguran Ahli
|
|||||||
Pengguguran ahli-ahli panel boleh
dilakukan sekiranya ahli tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut
tanpa sebab munasabah atau telah melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
imej Klinik Kesihatan.
Pengguguran dibuat oleh Pengarah
Kesihatan Negeri berdasarkan keputusan mesyuarat ahli-ahli panel Klinik
Kesihatan yang dikemukakan melalui Pegawai Kesihatan Daerah.
|
||||||||
3.6
|
Struktur Organisasi
|
|||||||
3.6.1
|
Penasihat
|
|||||||
Pegawai Kesihatan Daerah adalah
penasihat kepada ahli-ahli panel.
Terma Rujukan (fungsi):
|
||||||||
1.
|
Memberi bimbingan dan khidmat
nasihat dalam semua aspek kepada ahli-ahli. panel.
|
|||||||
2.
|
Memantau perjalanan program yang
telah dirancang oleh ahli-ahli panel.
|
|||||||
3.6.2
|
Pengerusi
|
|||||||
Pengerusi Panel Penasihat
Kesihatan ini hendaklah dilantik daripada salah seorang wakil masyarakat yang
menjadi ahli panel tersebut. Pemilihan pengerusi akan ditentukan oleh
ahli-ahli panel itu sendiri. Jangkamasa sah perlantikan pengerusi ini ialah 3
tahun dan boleh dipertimbangkan untuk dilanjutkan berdasarkan kepada
pertimbangan panel ini sendiri.
Terma Rujukan (fungsi):
|
||||||||
1.
|
Mempengerusikan mesyuarat panel
penasihat.
|
|||||||
2.
|
Menyelaras program-program yang
telah dirancang untuk memastikan kelancaran dan kejayaan setiap program
tersebut.
|
|||||||
3.
|
Memastikan sebarang keputusan yang
dipersetujui oleh ahli-ahli panel adalah selaras dengan matlamat
"Kesihatan Untuk Semua"
|
|||||||
4.
|
Mewakili ahli-ahli panel penasihat
yang lain untuk menghadiri sebarang program yang berkaitan dengan panel
penasihat, sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Sekiranya
pengerusi tidak dapat berbuat demikian, bolehlah diwakilkan kepada Timbalan
Pengerusi atau ahli-ahli panel yang lain.
|
|||||||
5.
|
Memberi bimbingan dan khidmat
nasihat dĂĄlam semua aspek kepada ahli-ahli panel.
|
|||||||
6.
|
Memberi arahan kepada ahli-ahli
panel yang lain untuk rnembantu tugas-tugas yang berkaitan.
|
|||||||
3.6.3
|
Timbalan Pengerusi
|
|||||||
Pegawai Yang Menjaga klinik
kesihatan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
Terma Rujukan (fungsi):
|
||||||||
1.
|
Mempengerusikan mesyuarat panel
penasihat dalam ketiadaan pengerusi Panel Penasihat.
|
|||||||
2.
|
Mengetuai kakitangan kesihatan
yang lain dalam organisasi panel penasihat.
|
|||||||
3.
|
Memberi bimbingan dan khidmat
nasihat, terutamanya dalam aspek kesihatan kepada ahli-ahli panel.
|
|||||||
3.6.4
|
Setiausaha
|
|||||||
Penolong Pegawai Perubatan y/m
atau lain-lain anggota kesihatan yang sesuai, dari klinik kesihatan berkenaan
akan menjadi setiausaha panel ini.
Terma Rujukan (fungsi):
|
||||||||
1.
|
Menjemput dan memberi peringatan
tentang mesyuarat kepada semua ahli panel.
|
|||||||
2.
|
Memastikan keperluan mesyuarat
seperti tempat, peralatan, persegaran dan sebagainya tersedia sebelum sesuatu
mesyuarat diadakan.
|
|||||||
3.
|
Mencatat dan menyediakan laporan
minit mesyuarat.
|
|||||||
4.
|
Mengedarkan minit mesyuarat kepada
semua ahli dua minggu sebelum mesyuarat seterusnya diadakan.
|
|||||||
3.6.5
|
Setiausaha Kerja
|
|||||||
Salah seorang wakil masyarakat
yang menjadi ahli panel akan menjadi setiausaha kerja.
Terma Rujukan (fungsi):
|
||||||||
1.
|
Membantu setiausaha dalam semua
tugas yang dinyatakan di atas.
|
|||||||
2.
|
Membantu Pengerusi panel
menggerakkan ahli-ahli untuk menjayakan aktiviti/projek yang telah
dikenalpasti.
|
|||||||
3.6.6
|
Bendahari
|
|||||||
Seorang Bendahari dilantik di
kalangan ahli-ahli panel penasihat oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan.
Terma Rujukan (fungsi):
|
||||||||
1.
|
Menyimpan wang yang diperolehi
oleh panel penasihat.
|
|||||||
2.
|
Membuka akaun panel penasihat
mengikut kesesuaian tempat masing-masing.
|
|||||||
3.
|
Menyedia dan mengemaskini laporan
kewangan secara berkala.
|
|||||||
4.
|
Membentangkan laporan kewangan.
|
|||||||
3.6.7
|
Pemeriksa Kira kira
|
|||||||
Dua orang Pemeriksa Kira-kira
dilantik oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan. Seorang Pemeriksa Kira-kira
hendaklah dilantik daripada wakil masyarakat dan seorang lagi daripada
anggota kesihatan.
Terma Rujukan (fungsi):
|
||||||||
i.
|
Memeriksa dan menandatangani buku
kira-kira.
|
|||||||
4
|
Bidang Kuasa Panel Penasihat
|
|||||||
4.1
|
Panel Penasihat Kesihatan
berfungsi dengan berlandaskan kepada konsep musyawarah dan perkongsian
pintar, di mana perjumpaan yang kerap harus diatur bagi membolehkan
pertukaran pendapat dan pandangan diadakan.
|
|||||||
4.2
|
Panel Penasihat ini boleh
merancang, melaksana dan menilai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan
kesihatan bagi kepentingan penduduk setempat asalkan tidak menyentuh
aspek-aspek teknikal dan pentadbiran atau bertentangan dengan dasar-dasar dan
peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia. Sebarang
keraguan atau masalah yang timbul dalam urusan perlaksanaan Panel Penasihat
ini, hendaklah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan
Negeri/lbu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
|||||||
4.3
|
Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan
Kesihatan Negeri/lbu Pejabat KMM berhak meminda keputusan yang dibuat oleh
Panel Penasihat.
|
|||||||
4.4
|
Setiap ahli panel hendaklah
sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab khususnya dalam merancang
aktiviti-aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Pengerusi panel
boleh meminta bantuan daripada mana-mana ahli untuk menjalankan
aktiviti/projek yang dipersetujui itu.
|
|||||||
4.5
|
Bidang tugas panel penasihat
merangkumi memberi nasihat dan bantuan kepada pesakit di dalam merujuk mereka
ke Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan.
|
|||||||
5.
|
Fungsi
|
|||||||
5.1
|
Perhubungan Antara Masyarakat dan
Jabatan Kesihatan
Ahli-ahli Panel adalah digalakkan
untuk memberi maklumbalas secara terbuka dan ikhlas mengenai perkhidmatan
klinik pada bila-bila masa, khususnya jika perkara itu boleh diambil tindakan
segera.
Ahli-ahli Panel juga digalakkan
untuk datang mendapatkan maklumat tambahan untuk disampaikan kepada anggota
masyarakat, jika maklumat itu dapat menjelaskan keadaan perkhidmatan klinik
atau mengelakkan salah faham.
|
|||||||
5.2
|
Nadi Penggerak Kepada Penglibatan
Masyarakat
Dengan maklumat dan kesedaran yang
diperolehi melalui pendedahan yang diberikan oleh pihak klinik, ahli-ahli
Panel Penasihat diharapkan akan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat
khususnya untuk menjadi teladan dalam pengamalan tabiat-tabiat kesihatan yang
baik.
Mereka juga diharapkan dapat
memberi kesedaran kepada lain-lain anggota masyarakat dan seterusnya memimpin
dan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti kesihatan yang dirancangkan.
|
|||||||
5.3
|
Pengurusan Aktiviti Kesihatan
Setiap Panel Penasihat Kesihatan
perlu bermesyuarat secara kerap dan tetap sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
Antara lain agendanya ialah
analisis situasi pencapaian perkhidmatan dan status kesihatan masyarakat
setempat. Analisa ini perlu memberikan fokus kepada masalah yang berkaitan
dengan penerimaan dan penglibatan kumpulan pengguna dan masyarakat amnya.
Hasil dari analisis ini, panel
hendaklah mengenalpasti strategi dan merancang aktiviti-aktiviti untuk
mengatasi masalah yang berkaitan termasuklah cara untuk melaksana, membiayai
dan menilai aktiviti-aktiviti kesihatan.
|
|||||||
6
|
Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan
|
|||||||
Di antara aktiviti-aktiviti yang
boleh dilaksanakan oleh Panel Penasihat ini adalah seperti berikut:
|
||||||||
6.1
|
Menganjurkan Hari Terbuka di
klinik kesihatan bagi mendedahkan dan mendekatkan masyarakat kepada
aktiviti-aktiviti yang dikendalikan di klinik tersebut.
|
|||||||
6.2
|
Menganjurkan kempen, pemeriksaan
kesihatan perubatan, ceramah dan dialog kesihatan berjadual di lokasi-lokasi
strategik di dalam kawasan operasi.
|
|||||||
6.3
|
Menganjurkan aktiviti-aktiviti
gotong-royong sama ada di klinik kesihatan, kawasan-kawasan awam yang lain
atau di kawasan penempatan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang
bersih.
|
|||||||
6.4
|
Menggalakkan penglibatan anggota
masyarakat menjalankan beberapa aktiviti mudah seperti mengukur tinggi/berat,
"defaulter tracing" dan lain-lain sama ada di klinik atau di
kawasan penempatan khususnya apabila diadakan kempen atau lawatan kesihatan
bergerak.
|
|||||||
6.5
|
Membantu dalam melibatkan anggota
masyarakat dalam menyebarkan maklumat kesihatan dengan tepat, mudah, murah,
cepat dan berkesan.
|
|||||||
6.6
|
Membantu dalam memberikan khidmat
nasihat kesihatan kepada anggota masyarakat yang menghadapi risiko tinggi
supaya segera mendapatkan rawatan.
|
|||||||
6.7
|
Membantu mengembleng sumber yang
terdapat di dalam masyarakat untuk melaksanakan aktivitI-aktiviti
menambah-baikkan kemudahan-kemudahan kesihatan khususnya untuk keselesaan dan
kesejahteraan pengguna.
|
|||||||
6.8
|
Membantu mengenalpasti anggota
masyarakat setempat yang boleh dilatih dalam beberapa aspek kesihatan bagi
membolehkan mereka menjadi sukarelawan kesihatan yang mampu mengendalikan
aspek pencegahan dan rawatan penyakit ringan.
|
|||||||
6/9
|
Lain-lain aktiviti yang boleh
mendatangkan kebaikan kepada masyarakat tetapi tidak bertentangan dengan
polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
|||||||
7.
|
Pengiktirafan
|
|||||||
Sumbangan yang diberikan oleh
ahli-ahli Panel Penasihat Kesihatan khususnya mereka yang mewakili anggota
masyarakat adalah besar ertinya dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat
yang sihat ke arah mencapai taraf sebuah negara maju. Pengorbanan mereka
tiada nilai ganti dan perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Beberapa
cadangan untuk mengiktiraf jasa-jasa mereka ialah:
|
||||||||
7.1
|
Mengadakan majlis perlantikan
rasmi di peringkat daerah/negeri di mana semua ahli-ahli panel yang baru
dilantik atau dilantik semula bagi setiap klinik kesihatan akan diberikan
surat perlantikan dan kad pengenalan.
|
|||||||
7.2
|
Mengadakan majlis mengenang jasa
di peringkat daerah/negeri bagi menghargai sumbangan mereka yang telah lama
berkhidmat secara sukarela.
|
|||||||
7.3
|
Menjemput ahli-ahli panel ini ke
majlis-majlis yang sesuai, yang dikendalikan oleh Kementerian
Kesihatan/Jabatan Kesihatan.
|
|||||||
7.4
|
Melibatkan mereka dalam aktiviti
pembelajaran sama ada melalui latihan khas atau lawatan sambil belajar untuk
mendalami lagi pengetahuan mereka mengenai kesihatan khususnya aspek
pencegahan penyakit.
|
|||||||
8
|
Penutup
|
|||||||
Usaha Panel Penasihat Kesihatan
akan dapat mencapai matlamat bergantung sepenuhnya kepada iltizam setiap ahli
panel khasnya dan setiap anggota masyarakat amnya. Pengembelengan tenaga dan
usaha sebagai satu pasukan akan mempermudahkan proses untuk mencapai matlamat
ini lebih-lebih lagi dalam suasana di mana agensi Kerajaan menghadapi
kekurangan sumber kewangan dan tenaga manusia.
|
||||||||
Selasa, 14 Mac 2017
GARISPANDUAN PENUBUHAN PANEL PENASlHAT KESlHATAN DI KLINIK KESlHATAN PERKHIDMATAN KESlHATAN AWAM
Langgan:
Ulasan (Atom)